ingin hamba dengan rendah hatinya di sini menceritakan satu kisah di malam ini. wakaka crew.
tadi, bebudak manu ataupun, dengan nama lain ManuFact BroSisHood IIUM telah mengadakan satu jamuan makan makan ala BBQ camtu. waa meriah meriah. lebih kurang 30 orang geng geng bakal manufacturing engineer telah hadir memeriahkan suasana BBQ yang diadakan di E2 bangunan engineering.
first skali, nak ucap terima kasih la kepada krew krew yang telah menguruskan jamuan ringkas ney. aku, sebagai tukang makan je, memang masih lagi terasa kekenyangan di saat jam hampir menunjukkan 1 pagi. terima kasih sekali lagi aku ucapkan yer =)
nuff header
Showing posts with label uiam. Show all posts
Showing posts with label uiam. Show all posts
Monday, January 2, 2012
nice view.
eh, betul ke ICT building orang panggil. ah ikot lah aku nak panggil apa. di UIA gombak ney, ada satu bangunan yang baru sahaja siap, untuk pelajar-pelajar ICT yang selama ini, kalau tak silap aku, menumpang di EDU building. kalau tak silap la. kalau silap, memang kena tempeleng aku ney haha
ney aku nak tunjuk gambar pemandangan yang indah yang baru je aku ambil beberapa minit sebelum maghrib pada 1 januari 2012! selamat tahun baru ! ceaa sempat lagi nak ucap tu haha happy new year 2012!
ney aku nak tunjuk gambar pemandangan yang indah yang baru je aku ambil beberapa minit sebelum maghrib pada 1 januari 2012! selamat tahun baru ! ceaa sempat lagi nak ucap tu haha happy new year 2012!
Labels:
uiam
Sunday, October 9, 2011
Tips menulis daripada Habiburrahman.
Semalam, aku amat bernasib baik sekali kerana dapat mengikuti satu program yang mana dapat bersua muka dengan seorang novelis terkenal Ketika Cinta Bertasbih, iaitu Habiburrahman El Shirazy. Program yang telah aku sertai itu ialah program SERUMPUN[taruk link] yang mana telah diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) bersempana dengan CONVEST11, iaitu sambutan konvokesyen di UIAM!
Di dalam program SERUMPUN itu, hadir 5 orang penceramah, iaitu semuanya adalah novelis yang terkenal. 4 daripadanya adalah daripada novelis Indonesia dan seorang daripadanya adalah novelis tempatan. Empat novelis Indonesia itu ialah Habiburrahman El Shirazy ( Ketika Cinta Bertasbih), Helvy Tiana Rosa , pengarang buku Best Seller (Ketika Mas Gagah Pergi), Asma Nadia, pengarang buku Best Seller (Sakinah Bersamamu). Manakala seorang penulis tempatan iaitu Fatimah Syarha, penulis terkenal Malaysia (Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul).
Aku nak berkongsi satu tips ringkas yang dikongsikan oleh Habiburrahman dalam program SERUMPUN itu, yang mana satu soalan telah ditanya oleh audiens, iaitu, bagaimana caranya untuk menjadi seorang penulis. Sedangkan , insane-insan yang baru hendak berkecimpung dalam bidang penulisan ini selalu ketandusan idea. Ataupun, apabila mempunyai idea, penulisan itu akan terhenti di pertengahan jalan(iaitu terhenti semasa sedang manaip ataupun menulis sesuatu). Jadi, dengan persoalan itu, inilah jawapan daripada novelis terkenal Ketika Cinta Bertasbih, Habiburrahman El Syirazi ( dalam bahasa indon ye hehe).
“kita ini, sebagai penulis, bagaikan seorang pengail di tepi pantai yang ingin menangkap ikan di lautan dalam. Ikan-ikan di lautan adalah bagaikan idea-idea. Betapa banyaknya idea tersebut dan kita, adalah sebagai pengail, perlu kreatif dalam menangkap ikan (idea) tersebut. Kita tidak boleh malas. Tidak boleh hanya menunggu ikan itu datang pada kita. sama seperti idea”
Katanya lagi,
“menjadi penulis adalah tidak susah. Hanya perlu mengamalkan 3M. catat dan amalkan 3M ney”
“menulis”
“menulis”
“menulis lagi”
Itu adalah kata-kata dari Habiburrahman, memang amat bernas ucapan-ucapan yang diberikan oleh penceramah-penceramah dalam program SERUMPUN itu. Terdapat banyak lagi tips-tips menulis yang diperoleh dari SERUMPUN, akan aku kongsikan di kemudian hari =)
Labels:
tips menulis,
uiam
SERUMPUN – seminar penulisan untuk putra-putri nusantara.
Sebelum aku menutupkan mataku pada malam ney, ingin sekali aku mengukir, mencoret sedikit tentang satu program yang baru saja tamat tadi, lebih kurang pukul 1115pm. Waa ada bunga-bunga gitu ayat aku, haha maklumla baru je lepas program SERUMPUN kan. Hehe
Seminar penulisan SERUMPUN ney merupakan salah satu program di bawah program CONVEST11 yang mana merupakan satu majlis konvokesyen di UIAM ney! Secara ringkasnya, CONVEST11 ney memang satu acara tahunan bagi meraikan mahasiswa mahasiswi yang baru sahaja menamatkan pengajian di UIAM ney. Banyak atucara program yang telah diterapkan dalam CONVEST11 ney dan semuanya best-best belaka! Untuk maklumat lanjut pasal CONVEST11 ney boleh lah lawati blog ini.
Berbalik kepada Seminar Penulisan Untuk Putra-Putri Nusantara, iaitu SERUMPUN, program ini amat BEST sekali! Hal ini adalah kerana dengan kehadiran ahli panel yang terkenal !! novelis yang terkenal !! untuk aku ikut program ney! Penulis yang terkenal tu adalah :
- Habiburrahman El Shirazy, pengarang buku Ketika cinta bertasbih.
- Alwi Alatas, pengarang buku Best Seller ( Ketika Allah Menduga Kita).
- Asmarani Rosaiba(Asma Nadia), pengarang buku Best Seller (Sakinah Bersamamu).
- Helvy Tiana Rosa, pengarang buku Best Seller ( Ketika Mas Gagah Pergi).
- Fatimah Syarha, penulis terkenal Malaysia ( Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul).
Haa tengok ! sape yang tak kenal kan , penulis novel Ketika Cinta Bertasbih yang mana diadaptasikan kepada filem, iaitu Habiburrahman. Best best! Dalam program SERUMPUN ney, novelis habiburrahman telah mengulas filem, bedah filem , Ketika cinta bertasbih ! Dalam ulasan tersebut, beliau menceritakan dengan mendalam tentang filem Ketika Cinta Bertasbih. Dan yang paling penting, novelis terkenal Habiburrahman telah mengupas berkenaan dakwah melalui media sepertimana beliau lakukan dengan filem Ketika Cinta Bertasbih .
Eh eh, terlebih sudah. Hehe aku lupa plak nak terang kan disini berkenaan dengan panitia-panitia di sebalik terhasilnya program SERUMPUN ini. Seminar ini adalah hasil usahasama antara Student’s Representative Council (SRC) UIAM dan juga Forum Tarbiyah (FOTAR) UIAM bersama-sama dengan Program Tahunan, Pesta Kovokesyen UIAM 2011. SERUMPUN ini adalah usaha untuk membentangkan aktiviti-aktiviti dalam dunia kesusasteraan perfileman di Indonesia dan Malaysia! Yang menarik, slogan seminar ini adalah :
“melangitkan karya, membumikan cinta”
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang SERUMPUN ney, bolehlah lawati:
Wahh, jam sudahpun menunjukkan pukul 0100am la. Rasenya kena sambung lain kali la ye. Sebagai kesimpulannya, program SERUMPUN ney memang best, membuka minda kita tambahan sebagai seorang mahasiswa mahasiswi untuk berkarya, menulis, mengeluarkan dan mengolah idea. Dalam seminar ney, banyak input-input yang dapat diambil. Nanti kalau berkesempatan, akan aku coretkan di sini input-input tersebut untuk kepentingan kita bersama. Sebelum menutup tirai laptopku pada malam ney, ingin aku kongsikan tips menulis yang diperkatakan oleh Habiburrahman. Beliau berkata, dalam kita berkeinginan untuk menjadi seorang penulis, hanya ada satu tips mudah. Salin ye, jangan tak salin. Senang je beliau cakap. Ada 3M. yup. 3M. iaitu…
MENULIS
MENULIS
MENULIS LAGI...
Labels:
uiam
Subscribe to:
Posts (Atom)
