Semalam, aku amat bernasib baik sekali kerana dapat mengikuti satu program yang mana dapat bersua muka dengan seorang novelis terkenal Ketika Cinta Bertasbih, iaitu Habiburrahman El Shirazy. Program yang telah aku sertai itu ialah program SERUMPUN[taruk link] yang mana telah diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) bersempana dengan CONVEST11, iaitu sambutan konvokesyen di UIAM!
Di dalam program SERUMPUN itu, hadir 5 orang penceramah, iaitu semuanya adalah novelis yang terkenal. 4 daripadanya adalah daripada novelis Indonesia dan seorang daripadanya adalah novelis tempatan. Empat novelis Indonesia itu ialah Habiburrahman El Shirazy ( Ketika Cinta Bertasbih), Helvy Tiana Rosa , pengarang buku Best Seller (Ketika Mas Gagah Pergi), Asma Nadia, pengarang buku Best Seller (Sakinah Bersamamu). Manakala seorang penulis tempatan iaitu Fatimah Syarha, penulis terkenal Malaysia (Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul).
Aku nak berkongsi satu tips ringkas yang dikongsikan oleh Habiburrahman dalam program SERUMPUN itu, yang mana satu soalan telah ditanya oleh audiens, iaitu, bagaimana caranya untuk menjadi seorang penulis. Sedangkan , insane-insan yang baru hendak berkecimpung dalam bidang penulisan ini selalu ketandusan idea. Ataupun, apabila mempunyai idea, penulisan itu akan terhenti di pertengahan jalan(iaitu terhenti semasa sedang manaip ataupun menulis sesuatu). Jadi, dengan persoalan itu, inilah jawapan daripada novelis terkenal Ketika Cinta Bertasbih, Habiburrahman El Syirazi ( dalam bahasa indon ye hehe).
“kita ini, sebagai penulis, bagaikan seorang pengail di tepi pantai yang ingin menangkap ikan di lautan dalam. Ikan-ikan di lautan adalah bagaikan idea-idea. Betapa banyaknya idea tersebut dan kita, adalah sebagai pengail, perlu kreatif dalam menangkap ikan (idea) tersebut. Kita tidak boleh malas. Tidak boleh hanya menunggu ikan itu datang pada kita. sama seperti idea”
Katanya lagi,
“menjadi penulis adalah tidak susah. Hanya perlu mengamalkan 3M. catat dan amalkan 3M ney”
“menulis”
“menulis”
“menulis lagi”
Itu adalah kata-kata dari Habiburrahman, memang amat bernas ucapan-ucapan yang diberikan oleh penceramah-penceramah dalam program SERUMPUN itu. Terdapat banyak lagi tips-tips menulis yang diperoleh dari SERUMPUN, akan aku kongsikan di kemudian hari =)
0 comments:
Post a Comment