nuff header

Sunday, October 9, 2011

SERUMPUN – seminar penulisan untuk putra-putri nusantara.

Sebelum aku menutupkan mataku pada malam ney, ingin sekali aku mengukir, mencoret sedikit tentang satu program yang baru saja tamat tadi, lebih kurang pukul 1115pm. Waa ada bunga-bunga gitu ayat aku, haha maklumla baru je lepas program SERUMPUN kan. Hehe 

Seminar penulisan SERUMPUN ney merupakan salah satu program di bawah program CONVEST11 yang mana merupakan satu majlis konvokesyen di UIAM ney! Secara ringkasnya, CONVEST11 ney memang satu acara tahunan bagi meraikan mahasiswa mahasiswi yang baru sahaja menamatkan pengajian di UIAM ney. Banyak atucara program yang telah diterapkan dalam CONVEST11 ney dan semuanya best-best belaka! Untuk maklumat lanjut pasal CONVEST11 ney boleh lah lawati blog ini.



Berbalik kepada Seminar Penulisan Untuk Putra-Putri Nusantara, iaitu SERUMPUN, program ini amat BEST sekali! Hal ini adalah kerana dengan kehadiran ahli panel yang terkenal !! novelis yang terkenal !! untuk aku ikut program ney! Penulis yang terkenal tu adalah :

-          Habiburrahman El Shirazy, pengarang buku Ketika cinta bertasbih.
-          Alwi Alatas, pengarang buku Best Seller ( Ketika Allah Menduga Kita).
-          Asmarani Rosaiba(Asma Nadia), pengarang buku Best Seller (Sakinah Bersamamu).
-          Helvy Tiana Rosa, pengarang buku Best Seller ( Ketika Mas Gagah Pergi).
-          Fatimah Syarha, penulis terkenal Malaysia ( Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul).

Haa tengok ! sape yang tak kenal kan , penulis novel Ketika Cinta Bertasbih yang mana diadaptasikan kepada filem, iaitu Habiburrahman. Best best! Dalam program SERUMPUN ney, novelis habiburrahman telah mengulas filem, bedah filem , Ketika cinta bertasbih ! Dalam ulasan tersebut, beliau menceritakan dengan mendalam tentang filem Ketika Cinta Bertasbih. Dan yang paling penting, novelis terkenal Habiburrahman telah mengupas berkenaan dakwah melalui media sepertimana beliau lakukan dengan filem Ketika Cinta Bertasbih . 
Eh eh, terlebih sudah. Hehe aku lupa plak nak terang kan disini berkenaan dengan panitia-panitia di sebalik terhasilnya program SERUMPUN ini. Seminar ini adalah hasil usahasama antara Student’s Representative Council (SRC) UIAM dan juga Forum Tarbiyah (FOTAR) UIAM bersama-sama dengan Program Tahunan, Pesta Kovokesyen UIAM 2011. SERUMPUN ini adalah usaha untuk membentangkan aktiviti-aktiviti dalam dunia kesusasteraan perfileman di Indonesia dan Malaysia! Yang menarik, slogan seminar ini adalah :

“melangitkan karya, membumikan cinta”

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang SERUMPUN ney, bolehlah lawati: 




Wahh, jam sudahpun menunjukkan pukul 0100am la. Rasenya kena sambung lain kali la ye. Sebagai kesimpulannya, program SERUMPUN ney memang best, membuka minda kita tambahan sebagai seorang mahasiswa mahasiswi untuk berkarya, menulis, mengeluarkan dan mengolah idea. Dalam seminar ney, banyak input-input yang dapat diambil. Nanti kalau berkesempatan, akan aku coretkan di sini input-input tersebut untuk kepentingan kita bersama. Sebelum menutup tirai laptopku pada malam ney, ingin aku kongsikan tips menulis yang diperkatakan oleh Habiburrahman. Beliau berkata, dalam kita berkeinginan untuk menjadi seorang penulis, hanya ada satu tips mudah. Salin ye, jangan tak salin. Senang je beliau cakap. Ada 3M. yup. 3M. iaitu…

MENULIS

MENULIS

MENULIS LAGI...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...