Semasa aku tengah bertarung dengan sekeping kesakitan yang Allah letakkan pada diri aku, sahabat-sahabat aku seronok dapat bermain futsal di pagi hari . aku cemburu =) tapi aku sabar =)
Semalaman ak bertarung dengan sakit ini, sakit yang tidak banyak, namun cukup untuk aku tidak dapat melelapkan mata,. Cukup untuk buat ak berfikir akan sakit-sakit yang pahlawan-pahlawan perang zaman nabi dulu yang menghadapi sakit yang berganda-ganda sakit dari aku dan still keimanan mereka utuh pada yang Maha Esa. Tp ak, sebesar kuman sakit diletakkan, aku telah pun tewas untuk bangun pagi. Ah lemahnya aku. Lemahnya kau daos. lemah benar.
Semasa aku sakit , thanks pada sahabat-sahabatku ku , sebiru hari ini, kasut kungfu, dan mimpi d siang hari kerna menolong aku secara langsung atau tidak langsung =) terima kasih kawan . Dan terima kasih kepada seorang insan ini, yang jauh di mata, namun, selalu je murah air matanya kalau bersabit dgn kesihatan ak. Dia call, ak menjawab panggilannya dgn suara yg cool, utk sembunyikan kesakitan yg ak rase , Namun, di hujung talian, teresak-esak ku dengar, Terima kasih awak.
"Sakit ke ?"
Tanye nurse kepada aku semasa di klinik.
"nak painkillers ?"
Aku dgn sedikit ego menjawab,
"takpe takpe, tak perlu kak. Tak sakit."
Dan,dengan sekeping ego itulah, aku menahan sakit selama 5 jam mlm tadi. Padan muka aku . Dengan sekeping ego itulah aku mesej kawan aku pada pukul 3 pagi bertanyakan sebutir ubat penahan sakit. oh di dalam hati, "kenapa la ak tak ckp je sakit kat nurse tadi. Ap . Ak igt ak seekor robot? "
Maaf, jika aku membebel pada kali ini di blog Ini, aku mggunakan perkataan 'sakit' yg berulang ulang, tinggi peratusan perkataan sakit dalam entry ini,macam nak wat entry seo plak. =) tapi bukan sayag. Bukan itu niatku. Aku sebut sakit, bila mata aku tak dapat nak lelap, hanya mampu Pejam . Sakit. Membuatkan ak hanya mampu mengusap usap muka dan kepala sambil menyebut nama Dia. Sakit, sehinggakan ak tak mampu utk mengiring ke kiri ke kanan utk membuat diriku selesa , memang tak mampu, kaki kiriku yang berdenyut denyut meminta perhatian dari tuannya. Sakit, untuk 1 saat pun aku tidak dapat untuk lelap dari alam yang nyata ini. Ingin skali ak berimaginasi fantasi untuk membawa diri aku jauh dengan perkataan sakit, namun, satu denyutan di kaki ini, cukup utk aku menumpukan 100 peratus tumpuan aku padanya. Sakit, aku mengurut ngurut perlahan kaki yang disilang supaya dapat aku capai. Namun, sedikit aku terlebih force (org putih kata), sakit lagi yang terkeluar dari mulut aku. Sakit, apabila hendak ke tandas, jaraknya terasa macam 100 meter jauhnya, walau hakikatnya hanya 30 meter.sekali lagi, sakit.
Pagi ini, tidak lagi terasa denyutan seperti malam tadi. Membuat ak dpt lelap lebih kurang pukul 5 lebih kot. Entah, ak pun tak sedar bila masanya aku terlelap. Tapi, bibir ini dpt mengukir satu senyuman. Mcm ney =) kerna, ak sedar, walau aku berseorangan sekarang ney di atas katil, aku ada sahabat di sekelilingku, aku ada semangat si dia dsampingku , ak punya doa ibu bapaku yang tak pernah putus buatku, dan yg paling penting, aku ad Tuhan yg Maha Esa . Terima kasih. Kerna itu, ak memang mampu, utk tersenyum =)
p/s : lupe nak citer, kakiku terseliuh sebab jatuh motosikal hehe dan, sekelumit maaf aku pohon dari mimpi di siang hari sebab kecuaian aku, dia turut menjadi mangsa keadaan. haha
---------> entry lain yang berkaitan tiada bau
credit |
0 comments:
Post a Comment