credit |
jejari menekan keyboard menuruti apa yang terkandung dalam pemikiran dan dari hati aku menaip. ceaawaah. cam hebat je. haha meh meh, aku nak melalut kat blog aku ney. lama tak melalut. dan, tajuk lalutan aku pada hari ini adalah exam oh exam. berkaitan dengan exam. aduh.
harini, aku exam satu paper, iaitu subjek yang paling digemari oleh pelajar-pelajar kat sini. memang digemari oleh kawan kawan seangkatan dengan aku. iaitu MATHEMATICS. haha, Math 5 kot iaitu Complex analysis and Partial Differential Equation. tajuk pun dah ada perkataan complex. memang kompleks la kepala otak aku. haha memang digemari sehinggakan sanggup membulat mata untuk melihat rumus2 math ney, sanggup untuk melangkah kaki ke bilik kawan, ke blok engineering untuk mengulangkaji subjek math ney. ceaa, penggunaan perkataan 'gemar' di situ. adakah ia benar atau tidak? haha
kalau nak diceritakan di musim exam ney, macam2 ragam yang dapat kita perhatikan, bermacam2 tingkah laku student. ceaa actually, ragam aku yang macam2 kalau sampai musim exam ney. antaranya ialah susah nak tidur malam. yup, memang susah nak tidur malam kalau musim exam ney tambah2 kalau hampir waktu tu hampir sangat dengan subjek yang mencabar, killer subject la tu. dan, pada musim exam kali ney, math 5 la yang paling mencabar. biasanya, kalau 2 3 hari sebelum exam, memang aku akan tutup lampu awal, bajet nak tidur awal la konon. dalam pukul 12 tu, memang aku tutup da lampu, aku baring dah kat atas katil. tapi, memang tak dapat nak lelap mata. haha tak tau kenapa susah sket nak lelap. itu ragam aku yang pertama.
2nd, memang aku rasa macam serabut sangat. memang terasa beban exam tu. yang ney aku rasa semua orang rasa kan. bukan aku sorang je. tapi memang betul serabut. tak tau nak cite camne. haha dan musim2 gini la aku serabut, dan kadang2 tu memang cepat je rasa nak marah kalau ada kawan tersilap cakap ke apa ke. padahal benda kecil je. sensitip betui la. haha dan macam2 ragam la yang aku tidak boleh nak cite kat sini. haha
kalau musim exam ney, yang paling ketara, kita dapat lihat semua orang study. tidak kira tua muda lelaki perempuan, memang akan study study study je keja. final exam la katakan. haha dan pada musim exam ney, kalau sebelum ney, susah sangat nak tengok orang tu bukak or pegang buku, akan berubah menjadi rajin untuk study. aku la tu. hahaha
akhir kata, pada musim exam ney, aku baru sedar banyak perkara antaranya betapa pentingnya persediaan awal untuk exam. tapi, kalau sedar saja tak buat tak guna gak. haha tapi tu la pasal. penting, memang penting. pentingnya jaga kesihatan, pentingnya usaha tanpa jemu, pentingnya doa, pentingnya doa dari ibu bapa untuk kita, dan macam macam lagi. papepun, usaha jangan putus. jangan putus asa. selagi bernyawa bernafas ! =)
2 comments:
mace post mung ni nk tergelok aku..haha
hahaha ces. berani mung gelok ko blog aku deh. siap mung haha
Post a Comment