nuff header

Monday, January 2, 2012

BBQ bebudak manu.

ingin hamba dengan rendah hatinya di sini menceritakan satu kisah di malam ini. wakaka crew.

tadi, bebudak manu ataupun, dengan nama lain ManuFact BroSisHood IIUM telah mengadakan satu jamuan makan makan ala BBQ camtu. waa meriah meriah. lebih kurang 30 orang geng geng bakal manufacturing engineer telah hadir memeriahkan suasana BBQ yang diadakan di E2 bangunan engineering.

first skali, nak ucap terima kasih la kepada krew krew yang telah menguruskan jamuan ringkas ney. aku, sebagai tukang makan je, memang masih lagi terasa kekenyangan di saat jam hampir menunjukkan 1 pagi. terima kasih sekali lagi aku ucapkan yer =)


aku sampai di tempat kejadian dalam pukul 8 malam. sampai sampai , memang diorang yang rajin rajin ney asyik khusyuk membakar ayam. sampai je, aku terus merembat sepotong sosej yang panas siap dibakar. wah, memang sedap dan nampak sangat aku adalah seorang pemalas yang kuat makan(orang kedua yang tambah bihun dan juga ayam hahaha).

pada jam 9 malam gitu, semua dah siap terhidang dan semua bebudak manufacturing engineering yang berotak geliga ney ada dah kat situ. ops, lupa nak bagitau menu. haha ada ayam panggang(bakar pun boleh), bihun, sayur campur(coslaw ke ape entah hehe tak reti aku nak sebutnye ), sosej, tembikat untuk memberus(potong) mencuci mulut dan kitorang dilawaskan dengan air anggur. mantop!

dan hasilnya, semuanya kekenyangan. then selepas siap makan, ada ucapan ringkas daripada presiden MME dan sesi perkenalan diri masing-masing. eh, sebelum tu ada sesi bergambar. memang kecoh la kalau bab bab bergambar ney. nanti boleh tengok tengok kat bawah yer =) then bersurai la setelah mengemas seme bagai.

kesimpulannya di sini, memang bagus gak program2 macam ney, boleh la kenal antara satu sama lain. nanti dah kerja senang senang, boleh la contact2 ke apa ker kan. ceewah. dan, terima kasih sekali lagi kepada kepimpinan baru MME semoga lepas ney banyak lagi program program untuk kite kite aja !

aku pun, mata pun dah mengantuk dah ney ditambah plak dengan perut yang penuh dengan ayam bihun tadi! hahaha dan bolehla aku tidur dengan nyenyak malam ney.


taking picture - on chopper


aye pangge - ayam panggang






rajin sungguh ssaing =)






p/s : sebenarnya nak letak beberapa lagi gambar kat sini, tapi disebabkan gambar yang diambil dari kamera aku cantik buruk sangat, tak dapet!

4 comments:

Faaizz d. Zul said...

apa? air sedap?
terima kasih.
aku tau.

XD

da0s said...

cesss.. haha mentang mentang ko yang buat yer. haha

Anonymous said...

wah. gmba aku ade! xD rajin nye aku. keke~ aah, bunchit perut ak mlm tu.thenxx to all. hee.

da0s said...

memang ada. ke ko buat2 rajin kot dalam gambar tu ha3
papepun.. nice bbQ ~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...