nuff header

Monday, December 5, 2011

ta'aban makhluqat

Sedang asyik menjawab peperiksaan pertengahan semester 1, subjek DOM, Ali(bukan nama sebenar), merasakan ada sesuatu bergetar di dalam poket seluarnya, di sebelah kanan. Setelah 2 kali benda itu bergetar, barulah dia perasan, itu adalah getaran telefon bimbitnya, yang menandakan bahawa satu pesanan(msg) telah sampai ke telefon bimbit nokia(yang dibeli beberapa bulan lalu, tangan kedua(2nd hand) yang dicari dalam mudah.com).

(DOM ialah salah satu subjek yang perlu diambil oleh pelajar UIAM jurusan kejuruteraan penghasilan(Manufacturing Engineering) untuk menggenggam ijazah. Kalau tidak lulus dalam subjek ini, tidak dapatlah Ali menggenggam ijazah. Peperiksaan Pertengahan Semester ini diadakan di dalam sebuah kelas yang tidak cukup besarnya, oleh itu, para pelajar, termasuk Ali, menjawab peperiksaan secara bersebelahan dengan pelajar-pelajar lain. Tambahan pula, untuk subjek DOM,peperiksaan buka buku(open book), hal ini kerana terdapat terlalu banyak rumus yang tidak terhafal oleh pelajar, apatah lagi staff ).

Mata Ali melilau, kepalanya menoleh ke kanan, menoleh ke kiri, dan juga menoleh ke belakang. Dilihatnya pengawas peperiksaan berada jauh nun di belakang. Tangan kanannya menyeluk perlahan poket kanannya, untuk menggapai telefon bimbitnya.

"1 new message", kelihatan di skrin handsetnya.

Ali menekan butang 'show' yang terdapat di sebelah kiri telefon bimbitnya. terpampanglah teks mesej dari 'madam entrepreneur',

"salam...tonite class is cancel.tq". Padat dan ringkas teks mesej dari penghantar mesej tersebut.

(Entreprenuer adalah salah satu jenis skill, subjek,  yang perlu diambil oleh Ali untuk menggenggam segulung ijazah sepanjang pengajian di universiti beliau).

Ali pun, dengan muka selamba menekan butang-butang telefonnya. begini.

option>reply>"thanks madam">send.

Ringkas dan padat. Ali memasukkan kembali telefon bimbitnya ke dalam poket seluar kanan.

perhatian: 
1.Ali adalah bukan nama sebenar beliau.
2.Perbuatan tidak mematikan telefon bimbit ketika menjawab peperiksaan adalah kegiatan yang tidak bermoral.
3.Ali adalah ta'aban makhluqat.

dalam kesuntukan masa ini, tak dapat sangat aku nak blogwalking hehe. selamat beramal yop!

3 comments:

Kezek said...

mende mu cakap..ak ade seminar ni...

faaizz d. zul said...

tak cukup poyo bro.
kena gilap lagi writing skill ni.
XD

firdaus said...

terbaikk ! thanks for sudi melawat blog yang tidak seberapa ini kawan haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...