nuff header

Sunday, November 27, 2011

salam satu dunia!

wah wah wah. memang lame sangat da aku tak update blog ney.

" elleh ko ney bro, stiap kali update blog, ayat sama je, cam nak lempang je! "

hahaha suka hati gua la bro, gua punya blog, gua punye pasal k !

haa dah dah, jangan gaduh dah. kita kan satu negara, satu malaysia gitu, ye tak! hee jadi,di hari yang bermakna ini, aku berasa amat bertuah sekali. sebabnya, dapat menekan keyboard laptopku ini, untuk menulis sedikit coretan di blog ku yang boleh dikatakan sudah sedekad terbengkalai! kalai kau kalai !

semenjak dua menjak ini, banyak perkara yang sudah berlaku dalam hidupku. secara spesifiknya, dalam kehidupanku di UIAM ini. ceaa budak UIAM rupanya aku ney. alhamdulillah. syukur. syukur dapat belajar di tempat yang serba indah ini. di samping rakan-rakan, sahabat yang menceriakan, di samping pensyarah-pensyarah yang tak pernah memberikan assignment kepada pelajar-pelajarnya, yang membuat kita, sebagai seorang pelajar, tidak pernah untuk tidak mengingat perihal akademik(kecuali semasa tidur dan semasa bermain dota kot haha).

setelah sekian lama aku berada di UIAM ney, baru aku sedar yang sudah tidak lama lagi aku nak graduasi.(eh cam tak faham je ayat aku ney hehe). lagi dua tahun, akan aku tinggalkan UIAM ney, dan akan meneruskan hidup aku dalam bidang pekerjaan insyaallah. amin. eh apa? nak sambung master? sape cakap? sape? hehe yang itu belum difikirkan. hamba ini, kalau lulus, kalau dapat graduate dengan keputusan yang sederhana pun syukur dah! harap sangat dapat lagi cemerlang ye tak! amin. tolong aminkan! hee

sekarang ini, semasa sedang asyik aku menulis ini, adalah hari sabtu. iaitu hari cuti. tau tau jelah apabila hari cuti sebegini, sememangnya bilangan pelajar di kampus aku ini akan berkurang. boleh diandaikan begini : bilangan pelajar di uia = 1/(bilangan hari cuti). maknanya, bilangan pelajar di UIAM adalah berkadar songsang dengan bilangan hari cuti. memandangkan hari Isnin ini adalah cuti awal muharram, memang lagi sikit la bilangan makhluk bernafas+berakal di UIAM ini. haha
emm jauh perjalanan, luas pemandangan. hehe

senyum sokmo deh !

psst : aku dijemput oleh bos aku (mrc hehe) untuk menjadi penulis untuk uthmanians blog =)

2 comments:

faaizz d. zul said...

notis pemberitahuan:

sila updet ttg trip ke parlimen sebelum jumaat ni.

sekian!

arahan
-bos besar-

firdaus said...

ops bos! sori sori. hehe aku baru je tulis kelmarin. harap bos check balik yer! hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...