nuff header

Friday, June 10, 2011

bile motor aku kena clamp !

cerita kena saman! 10 jun 2011 bersamaan dengan hari jumaat, aku pergi ke library. almaklumla, orang rajinla katakan. wahahaha rajinla sangat. da tu, pergi la ke library tu. macam biase la, dengan kenderaan aku yang tercinta, iaitu DBL(motosikal ex5 yang bewarna merah+dah 2minggu tak basuh kot hehe). vroommmm vroommmm aku memulas pemulas handle motor yang mana menyebabkan mekanisma pembakaran berlaku seterusnya menggerakkan/memutarkan gear dan tayar pun berputar bla bla bla.
sampaila kat library. eh sebelum tu, aku perlu untuk 'memarking' moto aku dulu. yang paling strategik skali tempat itu, adalah di hadapan pejabat pos. yang mana tempat parking motor yang aku park itu terpampang tulisan bewarna kuning yang tertulis

" POS MALAYSIA"

ah! apa kejadahnye. hari jumaat mane ada pak guard yang jaga kot! diorang bukannya rajin pon nak saman menyaman tambahan pulak hari jumaat. hari jumaat hari mulia kot. takkan nak saman orang. fikirku yang mana kemelesetannya melebihi 100% dan melebihi tahap maksimum! tup tup, aku dah kunci siap cantek molek cun jer motor aku kat tempat larangan tu. memang aku fikir taknak lame2 kat library tu. just nak hantar buku je(yang mane dah berminggu aku pinjam, bacanye tidak shhhh )

jeng jeng jeng. setelah dekat sejam aku kat library, bergerakla aku ke tempat parking motor tadi. dari jauh aku terpandang, ada warne macam kuning2 kat tayar belakang motor aku. kah kah kah. dekat, lagi dekat, lagi pekat kuning+oren. lagi dekat, lagi sakit mate aku dengan pancaran warne kuning yang dipantulkan ke dalam mate aku. lagi aku dekat, bukan setakat mate aku sakit! hati aku sakit gak tengok motor aku kena CLAMP! kurang asam! kureng! kura2 belacan pedas ikan bawal! aku melaung, dalam hati. aduh aduh dan aduh. memang stress la jugak. dah la aku da kelewatan nak ke bilik kawan aku. nak beli makanan lagi. aduhai nasib badan.

aku, sabar! sabar, dan aku sememangnye seorang yang penyabar. ada 2 kertas kat motor aku, merah dan putih. kertas yang merah tu suruh aku pergi ke main entrance. kat trafik's section! ceisss.. aku sabar! aku memang penyabar!
jalanla aku ke pondok pak guard tu! nak diringkaskan, berlangsungla dialog aku dengan guard kat office tu. antaranya....

"terbalk tu dik, sepatutnya, semakin tinggi kita belajar, semakin rajin kita, bukan semakin malas kita"..........kata pakguard!
"ha ah. betul tu pakcik. makin rajin, mintak maaf. saya takkan malas nak tampal sticker tu pakcik. pasni saya tampal yer. silap saya.", aku menambah. 

membenarkan apa sahaja yang diperkatakan olehnya. ada la dari buku yang aku baca, jangan nak lawan orang cakap mase berurusan, ikot je. cakap betul je, biar sejuk sket hati orang yang berurusan dengan kite tu. dan bla bla bla. aku pun membayar saman, daripada rm25, aku mintak kurang, dapatla rm15. berlaku la mase tu, tawar menawar macam kat kedai borong, kedai jual ikan hehe.

aku pun blah. blah punyer blah, motor aku dah pun melepaskan dirinya dari clamp. aku pun blah! tau tak,dalam saat itu, aku sempat berfikir, memikir, untuk menyedapkan hati aku. burn kot rm15 aku. hehe apa yang aku fikir untuk membuat hati aku best adalah...
"takper, pak guard buat keja die. alhamdulillah. takder la die makan gaji bute, redha " berkata aku dalam hati hehehehe

peace =)

2 comments:

Anonymous said...

hahaha...klaka je...:p

da0s said...

hahaha klaka memang klaka.. tapi, abis duit aku rm15...
nate lipah hee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...