nuff header

Saturday, October 9, 2010

Budak 6 tahun betulkan kesilapan amaran jalan...

nah! straigh copy paste dari kosmo! haha papepun no hal la beb, just nak share berita yang menarik ngan korang semer! ceaa anyway, kagum gak la ngan negara diorang ney,.. coz dengan kes ney je, budak ney da confirm dapat keja dengan jabatan kerja raya(JKR kalau di Malaysia la heheee) bile die da dewasa nnti. cayalah beb!

nampak tak tande tu? tu la pentingnye imaginasi seorang kanak2!

MANCHESTER, Amerika Syarikat (AS) - Pegawai-pegawai pihak berkuasa lebuh raya Daerah St. Louis mengucapkan terima kasih kepada seorang budak lelaki berusia enam tahun kerana membantu mereka membetulkan kesilapan beberapa papan tanda amaran jalan yang berliku.
Stesen televisyen KTVI-TV di AS melaporkan baru-baru ini, kanak-kanak itu, David Hindes menyedari terdapat kesilapan gambar jalan pada satu papan tanda keselamatan jalan raya di sini.
Papan tanda yang silap itu memberitahu para pemandu bahawa cuma terdapat satu selekoh di hadapan berbanding keadaan jalan sebenar yang berliku-liku.
Akur dengan cadangan bapanya, dia menulis surat berhubung kelemahan itu kepada pentadbir lebuh raya tersebut.
Dalam surat itu, dia melukiskan gambar jalan yang silap dan gambar jalan yang betul.
Pegawai pihak berkuasa lebuh raya itu kemudian menelefon budak tersebut untuk memberitahu bahawa pandangannya mengenai gambar jalan itu sememangnya betul.
"Saya gemar mereka dan melukis papan tanda jalan raya. Papan tanda itu sepatutnya mempunyai banyak selekoh kerana ia jalan yang berliku," katanya.
Papan tanda yang silap itu kemudian ditukar manakala sebagai ganjaran kerana kepekaannya, Hindes dibawa melawat kilang membuat papan tanda dan dia turut dijanjikan pekerjaan dengan jabatan lebuh raya apabila dewasa kelak. - Agensi

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...