nuff header

Tuesday, May 25, 2010

sebab - sebab berBLOGGING..

 Salam sejahtera saya ucapkan... haa kali ini aku nak citer skit pasal berblogging neh..  setelah beberapa lama aku berada di depan laptop..surfing internet neh.. ada la info skit aku nak kongsi dengan korang semer.. he2 so... sebab-sebab manusia zaman sekarang neh berblogging.. jom kite tengok..

  1. hobi...aku rase ni merupakan salah satu sebab utama ramai orang mengambil peluang untuk blogging. Almaklumla,, dengan berblogging, macam-macam kita dapat buat.. melepaskan geram terhadap seseorang atau sesuatu ke, berkongsi masalah atau apa sahaja dengan orang lain..dan ada juga biila berblogging, dapat melepaskan satu beban dalam kepala.. he2 dan biasanya orang yang blogging kerana hobi biasanya akan berterusan dan tidak akan putus dalam menulis blog. 
  2. duit.... haaa ni merupakan sebab utama aku berblogging..err kantoi la plak.. he2 dengan blogging, macam2 income yang dapat kite carik antaranya dengan advertising, affiliate..dan macam2 lagi..  korang tau tak buku "RAHSIA BLOGGER"  yang ditulis oleh Mohd Suhaimy dan Mohammed Farid Sulaiman.. memang menarik dan membuatkan semangat aku membuak2 untuk berblogging err he2 walaubagaimanapun... ramai yang kecundang dalam aktiviti blogging ini kerana sebab duit dan bukan sebab minat.. so beware dan pandai2la pupuk minat k..
  3. ingin nampak cool... he2 sebab yang ni unik skit.. memang ada orang yang blogging kerana ingin nampak cool..  contoh..."eh mat, ko ada blog tak??"..."eh ko ni tanyer plak. mestila ada.. tak cool la kalo takder blog!" sebagai contoh sahaja.. he2 kan dengan blog.. kite boleh share gambar2 or video tentang apa saja aktiviti yang menmpakkan kita cool... he2
  4. ingin menyatakan pendapat.. haa yang ini biasanya tentang politik... tak kira la pro ke anti kerajaan ke... blogging sekarang ini menjadi medan untuk mengetengahkan pendapat masing.. berbincang.. dan sebagainya..  dengan blogging.. segala maklumat akan tersebar dengan luasnya dan merupakan satu medan yang telus.. he2
  5. kerana dipaksa... dipaksa pun adalah sebab mengapa ada orang blogging.. kerana dipaksa ibubapa, guru..  supaya dapat meningkatkan kemahiran penggunaan bahasa tidak kira bahasa melayu mahupun inggeris..  hahaaa maaf2.. just joking... no 5 ni tak termasuk yer dalam sebab berblogging he2.
 so... kesimpulannya.. walau apa jua sebab kita blogging, sabarlah dalam mengekalkan momentum penulisan kita agar pembaca blog kita tidak bosan dan lari dari blog kita... selamat berblogging!!


P/S : untuk maklumat lanjut tentang blogging.. sila layari www.rahsiablogger.com. Banyak info menarik yang terkandung dalam website ni.. jom!!

3 comments:

botak said...

ade pulak kena paksa..hekeleh x aci laa cmni..huhu

faaizz d. zul said...

aku dipaksa.

firdaus said...

ceh.. dipaksa ape yuhuuu.. sape yang pakse..?? aminah's resident ke haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...