nuff header

Tuesday, June 8, 2010

Judi iTu HaRam!

Beri syor terbaik atasi judi haram

KUALA LUMPUR 7 Jun - Pelbagai pihak terutama mereka yang mempertikaikan keputusan kerajaan memberi lesen pertaruhan acara bola sepak diminta tampil memberi cadangan mengenai langkah mencegah kegiatan perjudian haram.

 



   


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihak-pihak tersebut diminta berbuat demikian bagi membolehkan kerajaan membuat keputusan dalam membanteras kegiatan ekonomi hitam itu.
"Daripada membuat bising di luar, kerajaan negeri (yang berkenaan) boleh bekerjasama dengan kementerian dengan memberi cadangan supaya kerajaan boleh buat keputusan dalam membanteras ekonomi hitam,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menerima kunjungan delegasi Kumpulan Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai Tahanan Arbitrari di bangunan Parlimen hari ini.
Hishammuddin diminta mengulas mengenai tindakan sesetengah pihak yang terus mempertikaikan keputusan kerajaan memberi lesen pertaruhan bola sepak dengan alasan ia menggalakkan kegiatan perjudian.
Beliau berkata, langkah memberi lesen perjudian bola sepak itu dilaksanakan bagi membendung perjudian haram khususnya ketika pertandingan bola sepak Piala Dunia.
Awal tahun ini, kerajaan mengeluarkan lesen kepada Ascort Sports Sdn. Bhd untuk mengendalikan pertaruhan orang ramai ketika acara sukan berlangsung.
Bagaimanapun, beberapa pihak termasuk kerajaan negeri yang ditadbir pakatan pembangkang tidak membenarkan syarikat itu beroperasi di negeri berkenaan.
Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, beliau juga sudah mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diketuai Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin bagi memantau kegiatan perjudian haram ketika berlangsungnya Piala Dunia.
"Kita harap pihak yang berkenaan juga dapat memberi pandangan bagi membantu kementerian menyelesaikan isu perjudian haram ini,'' katanya.


petikan dari utusan online..






   

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...