nuff header

Tuesday, May 25, 2010

kakitangan awam : tipu sijil cuti sakit


klik gambar untuk berita lanjut.


45,000 kakitangan awam tipu sijil cuti sakit..

Surat khabar Berita Harian hari ini mengeluarkan satu berita yang mengejutkan iaitu seramai 45 000 kakitangan awam yang menipu sijil cuti sakit. Jumlah ini adalah 3% daripada 1.5 juta kakitangan awam yang bekerja di negara Malaysia yang mana memberikan pelbagai alasan untuk tidak hadir bekerja.
  • didedahkan oleh Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).
  • presiden Cuepacs, Omar Osman juga ada sebilangan kakitangan awam yang melakukan kerja sampingan dan menjadikan sijil cuti sakit sebagai jalan untuk tidak hadir bekerja.
  • hal ini juga berpunca daripada pegawai perubatan awam mahupun swasta yang tidak telus dalam memberikan kakitangan awam untuk mendapatkan sijil cuti sakit(termasuk menerima bayaran daripada kakitangan awam terbabit).

P/S : sama-samalah kita mengambil iktibar daripada berita ini.. janganlah mencari alasan tidak pergi bekerja dengan menggunakan tektik yang boleh menjatuhkan air muka bangsa dan negara.jadilah pekerja yang sentiasa bersemangat dan ikhlas kerana dengan keikhlasan, kualiti kerja akan terhasil.. majulah kerja untuk negara Malaysia!! he2


1 comments:

botak said...

mesti ada dalam kalangan pensyarah2 universiti pun buat mcm tu jugak kan??hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...